Friday 28 June 2013

AL-FATIHAH

Setiap manusia pasti akan merasa mati..x akan terlambat atau cepat walaupun sesaat...itulah yang dijanjikan Tuhan..tak pernah terlintas difikiran aku akan ada ahli keluarga akan meninggalkan kami buat selama-lamanya dalam masa terdekat ini tapi itulah hakikatnya yang terpaksa kami terima...aku telah kehilangan satu-satunya kakak buat selama-lamanya...xda sapa pun sangka dan bagaikan x percaya semua ini berlaku..arwah kakak x pernah menghidap apa2 penyakit..arwah cuma demam saja tapi xsangka pulak sampai boleh membawa kemudaratan kepada diri dia...

mungkin inilah bahagian dia tp aku tetap redha dan bsyukur sangat2...arwah kakak pergi menemui Penciptanya pada hari jumaat, penghulu segala hari dan dia pergi dengan melengkapkan dirinya dengan ilmu akhirat untuk dibawanya ke sana...alhamdulillah...Tuhan lebih menyayanginya daripada kami....yang pergi tetap pergi, yang hidup pasti kena teruskan kehidupan seperti  biasa...walaupun arwah dah xda, doa kami sentiasa mengiringi dia di sana...semoga arwah kakak damai bersemadi di sana dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...al-fatihah..

hari ni genap seminggu arwah pergi...dan aku nak tau sangat  sebab2 kematian arwah kakak...doktor sahkan kematian dia disebabkan oleh SEPSIS WITH BRONCHOPNEUMONIA...aku google nama penyakit ni...rupanya kakak mengalami keracunan darah dan ada jangkitan kuman pada paru2nya...bawah ni info yang aku dapat tentang penyakit ni..

sepsis:
Dari Utusan Malaysia
Selasa, 4 Januari 2005

Wabak penyakit di seluruh dunia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Nama-nama penyakit seperti kanser, Ebola, Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) mahupun Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS)sentiasa kedengaran kini kerap dilaporkan media.

Penyakit-penyakit tersebut akan menyerang manusia sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Di sebalik penularan penyakit-penyakit baru di muka bumi ini, sejenis penyakit yang mungkin kurang mendapat perhatian di kalangan warga Malaysia ialah penyakit sepsis.

Apa itu sepsis? Menurut pakar perubatan dan Gastroenterologist Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur, Dr. Matvinder Singh, sepsis adalah sejenis jangkitan yang berlaku seperti e.Coli, Listeria Monocytonegenes, Streptococcus Pneumoniae, Haemophilus Influenzae jenis B adalah antara jenis mikro organisma yang menjadikan tahap jangkitan sepsis itu bertambah teruk.
Jangkitan
Menurut beliau, jangkitan tersebut jika dibiarkan berlanjutan bukan sahaja boleh mengakibatkan kerosakan pada organ dalaman tetapi juga kejutan (shock) malah boleh membawa maut.

Terdapat juga sesetengah kes yang membabitkan kemasukan bakteria dalam darah manusia sehingga mengubah kompleksiti penyakit itu. Dalam keadaan itu, jangkitan itu dipanggil sebagai Septicemia.

Di samping itu ujar beliau, kelemahan sistem imum badan secara tidak langsung memberikan peluang kepada mikro organisma seperti bakteria, virus dan fungus untuk membiak sekali gus memburukkan kadar jangkitan dalam badan seseorang.

“Namun begitu, kemungkinan ketiga-tiga mikro organisma hadir bersama dan menyebabkan serangan serentak adalah tipis melainkan jika sistem imum mereka tumbang secara tiba-tiba,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Dalam pada itu tegasnya, jangkitan sepsis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada golongan kanak-kanak, belia mahupun warga tua.

Kebanyakan kes jangkitan yang dikesan, menurut Matvinder, adalah berpunca daripada faktor kebersihan yang kurang memuaskan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Katanya, individu-individu yang bertindak melawat ke kawasan-kawasan kotor dan tidak terurus khususnya mereka yang selalu sakit akan mendapati dirinya semakin lemah.

Begitu juga keadaannya dengan mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Individu-individu tersebut harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga tabiat pemakanan mereka.

Misalnya dengan mengambil pil-pil vitamin, protein and sumber galian lain bagi membolehkan anggota badan mereka mewujudkan satu antibodi dalam melawan jangkitan penyakit.

Pada masa yang sama, Matvinder berkata, sepsis boleh merebak melalui beberapa cara antaranya menerusi titisan-titisan air,batuk,bersin and juga luka-luka pada bahagian badan.

“Saya bimbang jika jangkitan sepsis itu tidak dirawat segera, serangan bakteria berkenaan akan memberikan kesan serius kepada organ organ dalaman terutamanya bahagian jantung, sistem perkumuhan, hati, ginjal and sistem usus manusia,” tambahnya

Jadi, apakah simptom-simptom awal yang menunjukkan seseorang itu dijankiti sepsis? Matvinder menjelaskan, antara simptom-simptom awal yang perlu diberikan perhatian ialah demam panas melebihi 100.4 Fahrenheit, tekanan darah tinggi, sakit-sakit sendi,menggigil, mudah rasa penat and kesukaran untuk bernafas.

Malah, mereka yang menghidap penyaki kencing manis juga tidak terkecuali daripada jangkitan penyakit itu.
Menyedari hakikat itu, Matvinder menyarankan pesakit supaya berjumpa dengan doktor segera bagi mendapatkan dignosis keadaan penyakit mereka.

Antibiotik
Tegas Matvinder, pengambilan antibiotik merupakan jalan paling berkesan di dalam menghalang perkembangan jangkitan sepsis.

Namun begitu, sekiranya antibiotik diambil secara berlebihan, ia boleh menimbulkan kebergantungan yang keterlaluan.

Selain itu, Matvinder juga menasihatkan pesakit-pesakit supaya menjauhi kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Ujarnya, pesakit-pesakit tidak akan dapat mengenal pasti sama ada kawasan yang dilawati itu merupakan tempat jangkitan sesuatu penyakit.

Apa yang lebih penting katanya, pesakit perlu tahu dan mengenal pasti di manakah tempat utama merebaknya penyakit berkenaan kerana langkah itu bakal menentukan jenis rawatan yang akan diterima oleh para pesakit kelak.

Pada masa yang sama, Matwinder turut mengingatkan mereka yang bimbang dirinya akan terkena jangkitan sepsis supaya menjalani ujian darah bagi memastikan status mereka.

Mereka juga boleh meminta doktor untuk menjalankan kultur darah bagi mengenal pasti sama ada bakteria ataupun mikro organisma hadir dalam darah pesakit itu.

Natijahnya, sikap buruk rakyat di negara ini yang suka menunggu hingga ke saat-saat akhir bagi mengubati penyakit mereka harus dikikis. Rakyat harus sedar bahawa mereka menpunyai peranan dan sumbangan di dalam membangunkan negara ini ke tahap yang lebih maju setanding dengan negara-negara lain.

Thursday 6 June 2013

SOPHIE PARIS..DUNIA FESYEN

Satu Peluang Perniagaan Yang Luar Biasa...Anda Dijemput Untuk Menyertai Kami..Sambutan Hangat, AURA Sophie Paris tidak dapat dinafikan lagi! Jangan lepaskan PELUANG!

* Syarikat Fesyen Pertama di Asia dengan sistem MLM
* Yuran keahlian hanya RM15.00 seumur hidup
* Harga berpatutan dan berkualiti, Perancis Design
* Design terkini setiap 45 hari dengan pilihan 400-500 produk
* Diskaun 20% dengan setiap pembelian produk
* Untung 20% dengan setiap penjualan produk
* Jana Income lumayan dengan Networking Plan

jom join sekarang..http://www.sophieparisclub.com/azurarosli





Wednesday 29 May 2013

kelab setia dan seni visual smkrtu


ni antara aktiviti kelab setia dan seni visual sesi petang..aku pun xda idea nk wat aktiviti apa setiap kali perjumpaan..nasib baik la tahun ni setia dan seni visual digabungkan, ada la jgk aktiviti menarik yang boleh dibuat..nak harapkan setia ja aku pun xtau apa sebenarnya kelab setia 2..hahah..nasib la kan..

hero2ku

hero idaman malaya...dah besar dah ank ibu...semoga irfan jadi anak yang baik dan soleh dan semoga abah juga dapat menjadi contoh yang terbaik untuk fawwaz irfan

Friday 7 December 2012

rumah oh rumah


ni umah yg aku bli kt sg petani...jd org sg petani la aku nnt..dh xsabar2 dh ni nk bpindah..alhamdulillah ada jgk aset sndri..wpun umah ni x la besar n semewah mana tp syukur la selesa utk kami 3 beranak...en hubby pn dh xcited sgt nk dok umh baru..kalu leh setiap mggu nk p jenguk umh ni..bila la agaknya nk dpt kunci..katanya hjg thn tp xtau la bpa haribulan..pas ni xyah la nk panjat tangga kalu lif rosak..huhu

permata hati ibu


setelah 3 tahun menunggu, akhirnya tuhan kurniakan kepada kami seorang putera yg comel..kini fawwaz irfan  dh 3 bulan. alhamdulillah syukur atas kurniaanMu.